Assalamualaikum dan selamat hari jumaat ! Hari jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang bekerja sepenuh masa (seperti saya), kerana hari jumaat merupakan hari terakhir selepas seminggu bekerja (penat!). Sempena cuti hujung minggu yang panjang ini, saya ingin mengadakan satu “contest” yang cukup mudah. Dan semestinya ia berkenaan dengan cerita pendek atau cerpen (ala novella) yang sedang saya karang J.
Begini caranya untuk menyertai contest ini: -
- Buat satu post atau entry dengan tajuk “Novella di Kisah & Kasih”.
- Beri satu cadangan untuk tajuk kepada cerita pendek yang sedang saya tulis itu.
- Lakar (“sketch”) atau letakkan foto yang menggambarkan karakter/ wajah “Zamira”, “Elias” dan “Razman”. Anda boleh ambil foto atau gambar dari internet, atau majalah atau dari mana-mana sumber yang sesuai.
- Buat sedikit catatan bagaimana anda ingin cerita ini berakhir.
- Akhir sekali, letakkan link url post atau entry anda tadi di ruang komen di bawah.
Dua pemenang utama akan diberikan Gift Voucher MPH RM50 (bolehlah digunakan untuk membeli novel J).
Sekiranya penyertaan tidak ramai, semua peserta akan diberikan saguhati yang merupakan 2x Gift Voucher MPH RM10.
Tarikh tutup ialah pada 30 November 2011.
Selamat berhujung minggu dan jangan lupa untuk mengikuti sambungan cerita pendek saya ini. Sikit lagi nak sampai kepada penghujungnya J!
Mana link untuk cerita pendek tu?? :) nak baca nak baca. Boleh??
BalasPadamakak,sy join..
BalasPadamhttp://arazua.blogspot.com/2011/11/novella-di-kisah-kasih.html
Eza, kena baca from [1], lepas tu [2], [3], sampai [47]. Nombor tu ada di hadapan setiap tajuk posting, starting from Oktober.
BalasPadamokeh, akan diusahakan.InsyaAllah :D
BalasPadamwah.. mcm best ni kak..
BalasPadambestnyer dpt voucher MPH.dahla sye kaki novel:)
BalasPadamdapat panjangkan masa ke?? Hehe..
BalasPadamnk smbongn cerpen tuh....
BalasPadamAkak dulu kaki novel jugak, bila kahwin ni jd kurang bernovel tp suka sgt masuk kedai buku, taknak keluar.
BalasPadam